Monday, June 13, 2011

Islam Menghargai Bakat Muda

   Sesiapa yang mengkaji sejarah akan melihat bahawa masyarakat islam generasi awal sangat menghargai bakat-bakat muda. Mereka menghargai suara dan sumbangan seseorang walaupun seseorang itu masih muda usianya.

     Masyarakat islam kala itu tidak menilai seseorang kerana usia dan keturunannya, akan tetapi kerana potensi yang dimalikinya.

     Rasulullah s.a.w. pernah melantik 'Attab bin Usaid menjadi pemimpin kota Makkah, padahal usianya masih 17 tahun. Baginda juga pernah mengangkat Usamah bin Zaid (usia 20 tahun) sebagai ketua pasukan ke negeri Syam, padahal dalam pasukan itu terdapat orang yang jauh lebih tua dan berpengalaman daripadanya.

    Apabila Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berniat membukukan al-Quran, beliau segera memilih Zaid bin Thabit menjadi ketua projek tersebut. Padahal, usia Zaid kala itu tidak lebih dari 22 tahun dan ramai orang yang lebih tua daripadanya.

    Selanjutnya, Khalifah Umar bin al-Khattab selalu menyertakan Ibn 'Abbas dalam mesyuarat tertinggi negara padahal usianya masih awal 20-an. Sayidina Umar bahkan sering menerima saranan dan nasiha Ibn 'Abbas dalam banyak perkara.