Sunday, June 26, 2011

Penangan facebook


Enam bulan nikah, rupa-rupanya lelaki

JAKARTA: Inilah akibat jika ketagih bermain facebook sehingga boleh ‘menjerat’ mangsanya! Umar, seorang pemuda yang sering melayari facebook bertujuan mencari kenalan, akhirnya berjumpa dengan seorang ‘wanita’ berjilbab. Mereka akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin. Namun, Umar mula pelik apabila ‘isterinya’ enggan langsung melakukan persetubuhan setelah enam bulan berkahwin. Umar melaporkannya kepada pihak berkuasa dan setelah diselidiki, alangkah terkejutnya Umar apabila ‘isterinya’ itu didapati seorang lelaki.

Sunday, June 19, 2011

Berwuduk bakal diharamkan


Berwuduk bakal diharamkan di Tennesse?

TENNESSE: Sebuah undang-undang baru sedang diusulkan di Tennesse bagi menggantikan undang-undang Syariah yang dianggap ganas, serta hukuman 15 tahun penjara bagi sesiapa yang melanggar undang-undang baru tersebut. Senator Bill Ketron, R-Tullahoma, memperkenalkan undang-undang tersebut di Dewan Senat. Mereka bertiga menegaskan, hukuman Syariah yang ada dinegara terbabit mampu menggugat keamanan Negara tersebut. Dalam pada itu, undang-undang tersebut telah melabelkan, kelakuan-kelakuan agama Islam seperti berwuduk sekalipun, dianggap sebagai satu khianat dan perlu dimansuhkan.

Monday, June 13, 2011

Islam Menghargai Bakat Muda

   Sesiapa yang mengkaji sejarah akan melihat bahawa masyarakat islam generasi awal sangat menghargai bakat-bakat muda. Mereka menghargai suara dan sumbangan seseorang walaupun seseorang itu masih muda usianya.

     Masyarakat islam kala itu tidak menilai seseorang kerana usia dan keturunannya, akan tetapi kerana potensi yang dimalikinya.

     Rasulullah s.a.w. pernah melantik 'Attab bin Usaid menjadi pemimpin kota Makkah, padahal usianya masih 17 tahun. Baginda juga pernah mengangkat Usamah bin Zaid (usia 20 tahun) sebagai ketua pasukan ke negeri Syam, padahal dalam pasukan itu terdapat orang yang jauh lebih tua dan berpengalaman daripadanya.

    Apabila Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berniat membukukan al-Quran, beliau segera memilih Zaid bin Thabit menjadi ketua projek tersebut. Padahal, usia Zaid kala itu tidak lebih dari 22 tahun dan ramai orang yang lebih tua daripadanya.

    Selanjutnya, Khalifah Umar bin al-Khattab selalu menyertakan Ibn 'Abbas dalam mesyuarat tertinggi negara padahal usianya masih awal 20-an. Sayidina Umar bahkan sering menerima saranan dan nasiha Ibn 'Abbas dalam banyak perkara.

PM Perancis Tolak Rancangan Perdebatan Islam

PARIS: Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon menentang sekeras-kerasnya acara perdebatan tentang Islam sekiranya diusulkan di Perancis. menurutnya, hal tersebut akan membawa stigma kepada umat Islam. Kata Fillon dalam satu temubual beresama radio RTL France, beliau akan mentang sekeras-kerasnya jika perdebatan tersebut fokus kepada Islam kerana khuatir membawa stigma kepada enam juta penduduk Islam di negara tersebut. tambahnya lagi, beliau hanya akan turun padang sekiranya perdebatan itu lebih membicangkan isu sekularisme, yang dirasakan boleh memberikan impak berguna kepada dunia Perancis keseluruhanya.